Tips Temuduga Kerajaan - Statistik Pengambilan
v1.2 Berapa Ramai yang Memohon dan Berapa Ramai yang Berjaya?
Ini adalah perkara yang anda wajib tahu dalam mengukur berapa banyak usaha yang anda perlukan bagi melepasi persaingan untuk bergelar Pegawai Kerajaan. Saya tidak perlu menulis panjang lebar, anda cuba kaji jadual dan carta yang disediakan oleh pihak SPA disini- Sila Lihat Mukasurat 34,35 dan 36 laporan tersebut.
ATAU kalau anda tidak ada masa, sila lihat penerangan dibawah:
Saya ringkaskan untuk anda:
ü Setiap tahun terdapat 1.5 sehingga 1.6 Juta permohonan diterima oleh pihak SPA.
ü Hanya 100 ke 200 ribu pemohon yang dipanggil temuduga. (Hanya 10% daripada jumlah yang memohon).
ü Kekosongan adalah sebanyak 40 ke 50 ribu kekosongan setahun. (Bersamaan 20% yang dipanggil temuduga atau hanya 2.5% daripada yang memohon.)
ü 2.5% adalah satu jumlah yang sangat kecil. Bagaimana untuk menjadi salah seorang daripada 2.5 peratus tersebut? Teruskan membaca kerana saya akan kongsikan rahsia ini dengan anda.