Etika Berpakaian Semasa Temuduga

3.6 Etika Berpakaian Semasa Menghadiri Temuduga

Menghuraikan masalah pemakaian calon Temuduga Kerajaan

Terdapat pelbagai panduan berkenaan topik cara berpakaian semasa menghadiri temuduga di internet. Walaubagaimanapun terdapat beberapa percanggahan pendapat yang ketara mengenai cara pemakaian yang betul. Untuk itu, saya merujuk kepada SUMBER dari pihak SPA sendiri berkenaan cara tepat berpakaian untuk menghadiri temuduga kerajaan yang ditetapkan seperti dibawah:

3.1 Cara tepat berpakaian calon Perempuan berdasarkan panduan SPA

CARA BERPAKAIAN CALON PEREMPUAN



1.     Berbaju kurung adalah amat digalakkan walaupun anda bukan berbangsa Melayu. Pastikan baju kurung tidak ketat, tidak transparent, tidak bercorak-corak bunga besar dan tidak berwarna terlalu terang.

2.     Bagi yang beragama islam, digalakkan bertudung secara Formal.

3.     Bagi yang bukan beragama islam, pastikan rambut anda disikat dan diikat rapi. Gunakan pengikat rambut berwarna hitam.

4.     Bersolek tanpa berlebihan. Solekan berlebihan memberitahu penemuduga bahawa anda akan menghabiskan banyak masa dengan bersolek di tempat kerja.

5.     Berkasut tumit sederhana, berwarna gelap dan menutup jari kaki.

6.     Tidak memakai barang kemas yang besar dan secara berlebihan.

7.     Tidak berkuku panjang dan berwarna-warni.

8.     Berbaju kot bagi temuduga jawatan bertaraf Diploma dan ke atas. ( Taraf SPM juga digalakkan)



3.2 Cara tepat berpakaian calon Lelaki berdasarkan panduan SPA


CARA BERPAKAIAN CALON LELAKI


1.     Berseluar Slack hitam tanpa sebarang corak berkotak-kotak atau berjalur-jalur. Berkemeja lengan panjang berwarna putih atau warna lain yang tidak terlalu terang.

2.     Berkasut kulit HITAM bertumit dan berstokin berwarna gelap.

3.     Bertali leher. Pastikan ia berlainan atau berlawanan warna dengan kemeja anda dan tidak terlalu terang.

4.     Berambut pendek tanpa diwarnakan serta tidak mencecah kolar dan disikat kemas. Elakkan potongan rambut fesyen terpacak YANG TERLALU KETARA kerana ia menunjukkan ketidakmatangan calon.

5.     Berbaju kot bagi temuduga jawatan bertaraf Diploma dan ke atas. ( Taraf SPM juga digalakkan)

6.     Tidak bertindik dan dilarang memakai cincin atau gelang selain jam tangan.




Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.