Panduan Menulis Resume yang Menakjubkan

v 3.5 Bagaimana Menulis Resume yang Menakjubkan

Percaya atau tidak, Resume merupakan salah satu penyumbang penting kepada kejayaan calon-calon temuduga sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Menghasilkan Resume yang benar-benar mampu memberi kesan kepada penemuduga mempunyai resepinya yang tersendiri. Resume menceritakan seribu satu kemampuan dan kelebihan yang ada dalam diri anda kepada penemuduga. Penemuduga mencari perwatakan diri anda yang sebenar melalui pembacaan resume yang telah anda hasilkan. Sekiranya anda dan pesaing anda mempunyai markah yang sama semasa temuduga dan memerlukan penemuduga memilih satu daripada dua, Resume adalah pembantu anda! Ia umpama orang yang berbisik-bisik kepada penemuduga supaya memilih anda. Sila lihat tips-tips yang disediakan di bawah
Resume harus terdiri daripada dua bahagian iaitu:

      i.        Cover Letter (surat permohonan – maksima 1 muka surat sahaja, jangan lebih!)

     ii.        Resume (lampiran ringkas kerjaya lalu dan kelayakan akademik serta kokurikulum anda – maksima 2 muka surat sahaja)

Langkah-langkah menulis Resume yang berkesan:





Menulis Cover Letter

1.     Mulakan Cover Letter anda dengan salam
§  (bagi yang bukan islam, mulakan dengan perkataan “SALAM SEJAHTERA”)

2.     Nyatakan bahawa anda berminat menjadi pegawai di Jabatan/Kementerian tersebut
§  (cth: saya sangat berminat untuk berkhidmat dengan Kementerian ABC dan telah lama menunggu peluang keemasan seperti ini)

3.     Puji Jabatan/Kementerian tersebut
§  (cth: saya sangat berminat berkhidmat di jabatan ini kerana jabatan ini banyak menyumbang ke arah pembangunan / Kementerian ini kukuh dan berdaya saing)

4.     Ceritakan latar belakang pendidikkan, pekerjaan dan pencapaian terbaik anda daripada kedua-dua nya
§  (cth: saya pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pemasaran di Syarikat ABC selama 3 tahun dan telah 2 tahun memenangi anugerah “ZERO MC” daripada syarikat tersebut)

5.     Terangkan dengan jelas kemahiran dan teknik yang anda milikki
§  (cth: berkerja di syarikat ABC menjadikan saya seorang yang berdisiplin dalam melaksanakan kerja dan ia juga memberikan pengalaman yang luas kepada saya khususnya dalam pentadbiran kewangan syarikat.)

6.     Gubahkan ayat anda sebaik mungkin supaya ia dapat memberitahu penemuduga bahawa anda seorang yang professional

7.     Akhiri Cover Letter anda dengan menyatakan kesediaan anda untuk dihubungi sekiranya penemuduga ingin mengetahui lebih lanjut tentang permohonan anda – ia menunjukkan anda 100% berminat!

8.     Jangan lupa tandatangan Cover Letter anda!


Menulis Resume

1.     Resume anda haruslah dalam bentuk “Point form” dan BUKAN KARANGAN.

2.     Susunan kandungan Resume hendaklah seperti berikut:

ü  Maklumat Peribadi (Nama Penuh, Umur, Status Perkahwinan, berat badan, ketinggian, hobi dan kelas lesen memandu yang anda milikki.

ü  Masukkan semua pengalaman kerja anda (Sekiranya terlalu banyak, berikan yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon sahaja)

ü  Masukkan juga pencapaian terbaik anda semasa bekerja. Contoh: Zero MC Award, Sijil Pekerja Terbaik Tahun 2011, Anugerah Pencapaian Jualan Tertinggi dan sebagainya.

ü  Masukkan latar belakang pendidikkan anda disusun dimulakan dengan tahap pendidikkan tertinggi diikuti tahap pendidikkan yang rendah

ü  Jangan lupa masukkan pencapaian anda semasa mendapatkan pendidikkan seperti Anugerah Pelajar Terbaik, Anugerah Sijil Emas, Penerima Sijil Penghargaan dan sebagainya.

ü  Tahap penguasaan bahasa juga penting. Masukkan tahap penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris anda. Sekiranya anda berkemahiran bahasa lain, jangan lupa masukkan dalam Resume, contohnya Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan sebagainya.

ü  Pastikan pada penghujung bawah Resume anda ada Rujukan (Orang yang boleh dihubungi penemuduga untuk mengetahui tentang diri anda) – sebaik-baiknya empat orang. Dua orang yang mengenali anda di tempat kerja (majikan atau bos lama anda) manakala dua orang lagi yang mengenali anda dari aspek pendidikkan.(Pensyarah atau Guru lama anda –Pengetua atau Timbalan Pengetua)  “Rujukan” adalah perkara wajib ada dalam Resume. Jangan jadikan ahli keluarga anda sebagai rujukan!


ü  Masukkan gambar bersaiz Passport pada ruangan atas kanan resume anda. Gambar wajib berpotongan rambut kemas dan berbaju kot.(bagi lelaki) kemas dan berbaju kot dan tidak terlebih “make UP” untuk perempuan.

Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.