Tips Temuduga - Teknik yang betul permohonan online

v 2.2 Rahsia Memohon Jawatan Kerajaan yang Berjaya.

Jangan membuat permohonan Online kekosongan jawatan kerajaan secara sambil lewa. Sepertimana yang saya terangkan sebelum ini, hanya 10% daripada 1.6 Juta pemohon berjaya mendapat tempat untuk memasuki billik temuduga kerajaan. Ini satu angka yang sangat kecil. Jadi adalah amat penting bagi anda mengetahui apa yang sebenarnya dinilai oleh pihak SPA dalam memilih calon untuk panggilan temuduga. Saya jelaskan pada anda:
Pada tahun 2009, SPA memperkenalkan sistem “MyRecruitment”. Ia mengesan calon yang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan kemahiran. Keperibadian calon hendaklah sepadan dengan tugas serta jenis pekerjaan bagi menjamin kepuasan calon dalam menjalankan tugas. Ia penting bagi meningkatkan motivasi kerja dan pencapaian produktiviti yang tinggi. Konsep yang dilakukan adalah konsep pengambilan calon bukan berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata tetapi calon juga dinilai dari aspek keserasian dan potensi terhadap jawatan yang dipohon.


Pelaksanaan MyRecruitment
Di bawah pelaksanaan MyRecruitment, calon perlu melalui empat proses saringan:
Sila lihat di sini

Saya ringkaskan untuk anda:

(i) Tapisan Awal
Calon yang telah mendaftar dengan SPA akan ditapis permohonannya. Calon wajib memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon;

(ii) Peperiksaan
Setelah melepasi tapisan awal, calon akan menduduki peperiksaan bagi menilai pengetahuan am, pengetahuan bidang yang dipohon, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa. Ujian sahsiah dan minat juga diadakan;

(iii) Penilaian kompetensi (Competency Assessment)
Penilaian ini akan menilai aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) (Gabungan Sikap-Teknik-Pengetahuan) calon terhadap bakal tugas dan Jawatan yang bakal disandang. Ia termasuk kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris atau bahasa bahasa lain yang diperlukan. Calon juga akan diuji dari aspek komitmen, disiplin, teamwork dan lain-lain;

(iv) Temu duga
Ini adalah sesi terakhir. Ia menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di agensi tertentu.



Untuk pengetahuan anda, semua yang berkaitan dengan MyRecruitment yang saya terangkan di atas adalah 100% diambil daripada laman rasmi SPA sendiri. Ini bermaksud, anda harus melepasi semua tapisan tersebut sebelum layak dipanggil untuk temuduga. Semua teks yang telah saya “highlight” kan dengan warna kuning di atas adalah perkara-perkara yang harus anda beri perhatian. Kerana dengan memenuhi kehendak teks yang telah saya highlightkan itu anda akan memenangi persaingan untuk menjadi Pegawai Kerajaan. 

Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.