Tips Extra Dapatkan Panggilan Temuduga

Tips tambahan mendapatkan Panggilan Temuduga.


Ø  TIPS NO.1

Setiap jawatan yang terdapat dalam sistem SPA mempunyai kod pada penghujung nama jawatan. Contohnya N17, S41, F29 dan sebagainya. Setiap kod ini mewakili kementerian atau jabatan dimana jawatan tersebut ditawarkan. Untuk pengetahuan anda, calon yang memilih untuk jawatan yang berkod hadapan dengan huruf “N” mempunyai lebih banyak peluang kerana kekosongan untuk jawatan ini adalah lebih banyak berbanding jawatan berkod hadapan yang lain. Ini adalah disebabkan jawatan berkod hadapan “N” bertaraf guna sama. Bermaksud jawatan ini wujud dalam semua kementerian dan jabatan. Jawatan-jawatan dengan kod tersebut membuka ruang peluang yang lebih luas.


Ø  TIPS NO.2

Selain daripada jawatan yang berkod hadapan “N”, jawatan kosong yang tidak kurang besar peluangnya adalah yang berkaitan dengan Kejururawatan. Ini disyorkan kepada mereka yang mempunyai minat dalam kejururawatan.


Ø  TIPS NO.3

Bagi yang telah berkali-kali memohon jawatan dengan Diploma atau Ijazah dan telah mencuba semua panduan yang diberikan, tetapi masih belum pernah mendapat panggilan temuduga, anda mungkin boleh mencuba dengan sijil SPM anda. Ini berguna sekiranya anda memang tidak memilih kerja. Memadamkan kelayakan akademik Diploma dan Ijazah mungkin membantu. Saya sendiri pernah melakukannya, dan ia berkesan.


Ø  TIPS NO.4


Jangan hanya bergantung pada laman rasmi SPA sahaja. Pada muka surat yang berikut adalah senarai laman web permohonan online kerajaan yang lain dimana anda boleh memohon jawatan dalam kerajaan. Semakin banyak tempat anda memohon, semakin besar peluang dan kemungkinan anda mendapat Panggilan Temuduga. Cuma klik pada nama laman web yang disediakan.


2.4 SENARAI LAMAN WEB PERMOHONAN JAWATAN KERAJAAN SELAIN SPA






     v.        Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan





     x.        Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah




 xiv.        Kementerian Kesihatan Malaysia

  xv.        Universiti Teknologi Mara

 xvi.        Universiti Pendidikan Sultan Idris

xvii.        Universiti Malaysia Terengganu

xviii.        Universiti Malaysia Pahang

 xix.        Pusat Perubatan Universiti Melaya

  xx.        Universiti Malaysia Sabah

 xxi.        Universiti Malaysia Kelantan


xxiii.        Tentera Darat Malaysia

xxiv.        Lembaga Hasil Dalam Negeri

Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.