Tips Temuduga Kerajaan - Kesilapan Semasa Memohon

v 2.1 Mengapa tidak pernah mendapat panggilan temuduga?.

Pasti ramai yang pernah mengalami masalah ini, termasuklah diri saya sendiri. Setelah TIGA tahun mengisi borang permohonan SPA8i secara online dan juga offline (sekitar tahun 2000) saya tidak pernah mendapat panggilan temuduga. Sehinggalah saya tidak berminat untuk memohon lagi. Bagaimanapun, setelah berlaku kegawatan ekonomi sekitar tahun 2008, (saya terpaksa menganggur kerana syarikat tempat saya bekerja gulung tikar) memaksa saya mengisi semula permohonan secara online di laman web SPA. Saya mengisi borang dengan lebih serius. Bagaimanapun saya tetap tidak mendapat panggilan temuduga. Sehinggalah saya temui formularnya seperti yang akan saya terangkan pada bab yang berikutnya. Antara sebab mengapa TIADA PANGGILAN temuduga dari SPA adalah seperti dibawah:
<!--[if !supportLists]-->1.     <!--[endif]-->Kesilapan semasa mengisi borang online SPA
Ini merupakan perkara lazim yang dilakukan oleh pemohon. Mengisi borang permohonan tanpa meneliti dengan teliti apa yang sebenarnya dikehendaki dalam borang permohonan. Contohnya memohon jawatan tanpa melihat dahulu kelayakan yang ditetapkan. Tidak menyemak pengiktirafan sijil / diploma / ijazah yang dimilikki sama ada diiktiraf ataupun tidak (terutamanya dari kolej Swasta atau Kolej / Universiti luar Negara) Pada bab yang seterusnya saya akan bongkarkan lagi kesilapan dan pembetulan yang sepatutnya dibuat oleh bakal calon temuduga kerajaan untuk mendapatkan panggilan temuduga.

<!--[if !supportLists]-->2.     <!--[endif]-->Alamat permohonan tidak dikemaskini
Mungkin anda mendapat panggilan temuduga, tetapi disebabkan alamat yang anda daftarkan semasa pendaftaran tidak dikemaskini maka surat panggilan temuduga tidak sampai kepada anda. Ini khasnya bagi mereka yang menggunakan alamat orang lain atau alamat tanpa peti surat. Manakala email anda pula telah lama tidak disemak atau sudah terlupa ‘password’ nya. Saya akan terangkan kepada anda bagaimana mengatasi masalah ini pada bab yang seterusnya.

<!--[if !supportLists]-->3.     <!--[endif]-->Tidak memahami apa sebenarnya yang dicari oleh sistem pengesanan SPA

Sistem Pengesanan digunakan oleh pihak SPA untuk membuat saringan ratusan ribu permohonan yang terdapat dalam sistem permohonan Online SPA. Oleh itu terdapat beberapa ketetapan yang telah diset ke dalam sistem pengesanan tersebut. Sebagai contohnya, pada ruang syarat permohonan jawatan terdapat perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’. Sistem tersebut akan mengesan pemohon yang berkelayakkan dan menapisnya berdasarkan kelayakan yang ditetapkan pada bahagian dilabelkan selepas perkataan ‘dan’. Walaupun memilikki kelayakan tetapi tidak memilikki keperluan yang tertera pada bahagian ‘dan’, nama calon akan ditolak oleh sistem.

Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.