Profile Kami

Pengenalan Syarikat

Halaman web Tips Temuduga.com.my ini merupakan salah satu halaman web yang dimiliiki oleh syarikat bumiputera iaitu Otak Api Kreatif (No. Pendaftaran JM06151136-W) yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Mac 2013 di Johor Bahru. Beroperasi secara dalam talian sepenuh masa, Syarikat Otak Api Kreatif di kawal selia dan berpusat di alamat NO.28, Jalan Kempas Indah 1, Taman Kempas Indah, 81300 Johor Bahru. Syarikat Otak Api Kreatif adalah Syarikat bertaraf milikkan tunggal yang dimilikki En. Ramzi Bin Bakri. Beliau merupakan seorang graduan Jurusan IT yang berkebolehan dan berpengalaman dalam teknologi pembangunan web dan grafik.


Kata Alu-aluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Pertama kali, kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa singgah di laman web kami www.tipstemuduga.com.my. Kami sentiasa mengharapkan usaha yang kami jalankan ini bakal menjadi satu perkongsian yang berguna dan bermanfaat untuk semua.

Halaman web Tips Temuduga.com.my adalah salah satu alternatif perkongsian ilmu yang menjurus kepada ilmu dalam menghadapi temuduga. Ia bertujuan memberi panduan kepada orang ramai tentang persediaan dan teknik yang betul semasa menghadapi temuduga. Walaupun secara umumnya ramai yang mengetahui dan faham tentang teknik menghadapi temuduga, tetapi ada banyak lagi tips-tips berguna yang belum diketahui umum. Dengan itu, kami di Tips Temuduga.com.my cuba sedaya yang mungkin untuk memberi panduan terbaik kepada semua pelawat setia halaman web kami.

Sebagai aktiviti sampingan, kami di laman web Tips Temuduga .com.my juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti membina halaman web, menghasilkan reka bentuk grafik digital serta memasarkan eBook. Kami juga menyediakan artikel-artikel menarik berkaitan dunia perkomputeran. Walaubagaimanapun fokus utama pihak kami adalah memberikan informasi terkini berkaitan temuduga. Kami mengalu-alukan mana-mana komen yang membina dalam meningkatkan lagi produktiviti dan taraf perkhidmatan kami. Anda adalah inspirasi kami.  Sebarang pendapat boleh disalurkan kepada kami melalui FB Fan Page Tips Temuduga .com.my atau email terus kepada admin di mrremz@gmail.com

Sekali lagi pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pelawat semua atas kesudian melawat dan memberi sokongan kepada Tips Temuduga.com.my untuk terus bersaing dan memajukan diri di pasaran online dunia.


Sekian,
Terima Kasih.

Ikhlas
Admin Tips Temuduga.com.my


Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.