Profile Syarikat

Salam Sejahtera kepada semua,

Pertama sekali kami krew Tipstemuduga.com.my memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya menghasilkan halaman web Tips Temuduga .com.my ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat anda semua kerana sudi singgah di laman web kami. Tips Temuduga .com.my dibina atas dasar perkongsian ilmiah yang diharapkan dapat memberi maklumat dan menyampaikan ilmu berkaitan teknik persediaan dalam menghadapi temuduga.

Halaman web Tips Temuduga .com.my ini merupakan salah satu halaman web yang dimilikki oleh syarikat Otakapi Kreatif yang beroperasi sepenuh masa secara online. Syarikat Otakapi Kreatif berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran JM0651136-W. Syarikat ini didaftarkan pada 22 Mac 2013 di Johor Bahru dan berpusat di NO.28, Jalan Kempas Indah 1, Taman Kempas Indah, 81300 Johor Bahru. Pemilik tunggal syarikat Otakapi Kreatif adalah seorang graduan Jurusan Teknologi Multimedia iaitu En. Ramzi Bin Bakri.

Sebagai aktiviti sampingan, kami di laman web Tips Temuduga .com.my juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti membina halaman web, menghasilkan reka bentuk grafik digital serta memasarkan eBook. Kami juga menyediakan artikel-artikel menarik berkaitan dunia perkomputeran. Walaubagaimanapun fokus utama pihak kami adalah memberikan informasi terkini berkaitan temuduga. Kami mengalu-alukan mana-mana komen yang membina dalam meningkatkan lagi produktiviti dan taraf perkhidmatan kami. Anda adalah inspirasi kami.  Sebarang pendapat boleh disalurkan kepada kami melalui FB Fan Page Tips Temuduga .com.my atau email terus kepada admin di mrremz@gmail.com

Sekian,
Terima Kasih,

Ikhlas
Admin Tips Temuduga.com.my

0 comments:


Copyright © 2013 Tips Temuduga and Blogger Themes.